Adakalanya kita terlupa dimana letaknya barang yang kita
simpan di dalam rumah kerana terlalu lama disimpan ataupun barang itu hilang
di kawasan halaman rumah ataupun di mana juga. Untuk mencarinya bukanlah
perkara yang mudah & mungkin sehingga berpeluh dibuatnya pun masih belum
berhasil untuk menemuinya. Untuk membantu anda mudah untuk mencari sesuatu
yang anda cari, amalkanlah petua ini insya Allah barang yang anda cari
ataupun apa saja yang anda terlupa akan anda jumpa/ingat semula.
Amalkan membaca SELAWAT
( berulang-ulang kali ) ketika anda sedang mencari barang itu
sambil fikiran mengingati
kembali bilakah waktu akhir anda nampak/pegang barang itu.
Sekiranya barang itu masih ada di dalam rumah anda ( maksudnya belum
musnah/dicuri orang ), dengan kuasa Allah anda akan menemui apa yang anda
cari. Cubalah sendiri. .
|
PETUA MAK CIK
...kongsi pelbagai petua orang dulu-dulu, petua rawatan moden...juga petua-petua kecantikan dan kesihatan...
Monday, February 20, 2012
mencari atau mengingati sesuatu benda yang terlupa / hilang
Thursday, February 2, 2012
nak kurus ke?
1. Kempiskan perut
Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insya-Allah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. Selamat mencuba....

2. Langsingkan badan
Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insya-Allah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. Selamat mencuba....
2. Langsingkan badan
Melangsingkan badan,cara paling mudah dan murah ialah:
|
|||
Dua biji lobak merah dipotong
|
|||
Sebiji mentimun segar
|
|||
Sebiji limau nipis
|
|||
Kemudian ketiga-tiga bahan ini dikisar dan diperah airnya
untuk diminum.Amalkan dua kali sehari setiap pagi dan malam. Insyaallah badan
yang gedempol akan beransur langsing dan menarik.
|
Subscribe to:
Posts (Atom)