Powered By Blogger

Thursday, December 29, 2011

Khasiat herba - beluntas


Gambar di atas merupakan gambar pokok Beluntas.
Beluntas merupakan sejenis ulaman yang juga mempunyai fungsi sebagai penawar dalam perubatan berasaskan herba.
Di Indonesia jus beluntas digunakan untuk merawat disentri (berak berdarah). Daunnya juga digunakan untuk merawat penyakit keputihan yang biasa dideritai oleh wanita. Daunnya yang ditumbuk bersama garam boleh digunakan untuk merawat nafas berbau dan menggalakkan perpeluhan.
Di Malaysia pula serbuk yang dihasilkan oleh daun beluntas biasanya digunakan untuk merawat demam. Serbuk ini yang dicampur dengan sedikit air hingga menjadi pes digunakan untuk menyembuhkan ulser dan menghilangkan lembam dan bengkak.
Bagi masyarakat vietnam pula daun beluntas digunakan untuk merawat keradangan. Akarnya pula digunakan untuk merawat demam, melegakan sakit kepala, merawat rheumatik , lumbago dan penyakit tidak hadam.
Daunnya yang dicelup dalam air panas diminum untuk melegakan selsema.Serbuk daunnya yang dicampurkan dengan minyak jarak digunakan untuk menyembuhkan tulang retak.
Di Thailand pula jus daun beluntas digunakan untuk merawat kencing manis, sebagai pelawas kencing. Rebusan daunnya juga dijadikan tonik untuk memanjangkan umur. 
Selain dari itu beluntas juga sedap dijadikan ulam, kerabu dan masak lemak walaupun rasanya agak payau dan baunya yang agak kuat.
Itulah khasiat beluntas, dan kadang2 kita tak perasan herba yg tumbuh liar itu adalah ubat yg berguna dan berharga.

Friday, December 9, 2011

PEGAGA

 
Setiap tumbuhan yang dicipta di muka bumi ini sememangnya mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaannya. Cuma kadang-kadang, kita saja yang tidak menyedarinya. Salah satu daripadanya daun pegaga.
   
  Amalkan sebagai ulam setiap hari utk membantu mengawal tekanan darah tinggi.
Jika sebelum ni, saya pernah nyatakan yang daun pegaga ni baik dijadikan sebagai ubat darah tinggi.
Selain itu, anda juga boleh memanfaatkan khasiat daun pegaga sebagai ubat kencing manis, mengecutkan peranakan serta menghilangkan bintik hitam di bahagian muka.
  

Minum jus pegaga bercampur lobak merah baik untuk kulit dan awet muda.  Caranya ambil secekak pegaga dan suku bahagian lobak, kisar dgn satu mug air. Tak perlu tambah gula atau dimasak, elok minum segar.
 
Boleh juga dijadikan kerabu sebagai pembuka selera.