Powered By Blogger

Wednesday, June 29, 2011

rahsia warna hijau

*memandang warna hijau boleh membantu kesihatan mata
*hijau adalah warna yg dsukai oleh Rasulullah s.a.w
*hijau dianggap 'boleh' kerana sinonim dgn 'lampu hijau'
*sayuran hijau lebih baik daripada sayuran putih

Monday, June 27, 2011

khasiat herba pilihan

khasiat daun kemangi, petikan dari majalah MIDI, 15 APRIL 2011.

Sunday, June 26, 2011

Surah dan Penawarnya

Al-Quran kaya dgn penawar utk seluruh manusia.

*surah AL-QAAF : penyakit tulang
*surah AL-BURUUJ : penyakit berkaitan perut
*surah AL-ISRAA': penyakit berkaitan jantung
*surah AL-ANFAAL : jangkitan kuman [sama fungsi seperti antibiotik]
*surah AL-ANBIYAA': kencing manis, darah tinggi, angin ahmar
*surah YUSUF : lemah tenaga batin utk lelaki
*surah MARYAM: fibroid dan masalah kewanitaan
*surah AL-FATAH, AL-FURQAN, TOHA, AL-MU'MINUN: gangguan sihir, santau, rasuk, ilmu pengasih, ilmu pelalau, ilmu pemisah

Wednesday, June 22, 2011

nak cantik lagi

*utk hilangkan rekahan pada tumit, sapukan lidah daun buaya pada tumit dua kali sehari.  Amalkan selalu utk    hasil yg memuaskan.

*bagi merawat kesan terbakar pada kulit akibat sinaran matahari [sunburn], cuba petua ini.  Kukus sebiji kentang dan lenyekkan hingga halus.  Tempelkan pada kesan terbakar tadi.

*utk kulit lebih halus, ambil sebiji tomato yg telah masak dan campurkan dgn satu camca teh susu tepung.  Sebatikan.  Gosokkan perlahan-lahan bancuhan tersebut pada leher dan muka.  Amalkan tiga kali seminggu.  Hasilnya, wajah bukan sahaja halus tetapi lebih cerah dan licin.

Monday, June 20, 2011

Elak Kedutan

Pengambilan buah dan sayur yg banyak mampu menghalang kedutan yg keterlaluan kerana makanan sihat ini dapat merangsang sistem penahanan semulajadi kulit terhadap kerosakan akibat sinaran matahari.  Penyelidik juga mendapati bahawa mereka yg suka makan buah dan sayur dgn kerap jarang mengalami kedutan lebih awal dari usia.  Ini adalah kerana sayur dan buah sangat kaya dgn vitamin khususnya vitamin A, C dan E yg mempunyai paras anti oksida yg tinggi dan sangat baik utk kulit.

Atasi Masalah Tumit Merekah

Buruknya kalau tumit pecah [merekah]!  Selain menggunakan krim, kita boleh juga mencuba kaedah lama iaitu menggunakan belimbing buluh.  Ambil belimbing buluh dan gosokkan pada tumit kaki.  Kemudian berus kaki menggunakan berus lembut.  Amalkan setiap hari sebelum mandi dan lihatlah hasilnya.

Friday, June 17, 2011

cantik di hati

hindari dari menjadi manusia yang suka berpuak-puak dan berpecah-belah..............contohilah resam semut, bila bertemu seakan bersalm dan suka bekerjasama di antara satu sama lain.

Wednesday, June 15, 2011

elak nasi mudah basi

Ramai suka makan nasi goreng utk sarapan pagi. Nasi yg digoreng pula biasanya adalah lebihan nasi makan malam. Atau kadang-kadang kita masak nasi lain malam itu utk digoreng keesokan paginya. Bagaimanapun, kadang-kadang hasrat menggoreng nasi tidak kesampaian bila nasi yg dimasak menjadi basi.

Ada petua utk mengelakkan hal ini berlaku. Caranya ialah dgn memasukkan dua hingga tiga kuntum bunga cengkih dan secubit garam pada nasi. Hasilnya bukan sahaja nasi lambat basi tetapi nasi goreng pun menjadi lebih sedap dan wangi,

Monday, June 13, 2011

melembutkan kacang dal

bagi melembutkan kacang dal, bersihkan terlebih dahulu kacang dal lalu rendamkan selama 15 minit. kemudian rebus dgn mencampurkan sedikit minyak masak. anda akan dapati kacang dal yg dimasak menjadi lebih lembut.

Saturday, June 11, 2011

cara simpan tauhu

utk memastikan tauhu yg kita beli tahan lebih lama, anda perlu ikut langkah ini. sebelum menyimpan tauhu, masukkan kepingan tauhu ini ke dalam air panas mendidih. kemudian angkat dan simpan bersama air rebusannya tadi. pastikan tauhu tenggelam agar tidak cepat masam.

Friday, June 10, 2011

Lembutkan kulit

kopi boleh membantu untuk melembutkan kulit. sapukan serbuk kopi di tubuh, biarkan kering beberapa minit dan mandi. gosok2kan badan. serbuk kopi itu dapat menanggalkan daki di badan dan melembutkan kulit jika diamalkan selalu.

Thursday, June 9, 2011

AURA

Mama ada dapat tips ttg aura berpakaian mengikut hari dan warna. Kita tak perlulah ikut dan percaya 100% tapi tak salahkan kalau nak cuba.

Ahad: warna yg sesuai adalah warna hitam.
Isnin: putih
Selasa: pink
Rabu: biru
Khamis: oren atau kuning
Jumaat : hijau
Sabtu : maroon atau merah

Anggap sahaja tips di atas sebagai panduan seharian.

Wednesday, June 8, 2011

KURANGKAN BAU PETAI

Petai..ramai yg suka makan petai. Ada yg suka makan sebagai ulam dan ada yg lebih suka kalau petai dibuat samabal bersama udang. Bagaimanapun, bau petai ini memang kurang menyenangkan. Bagi yg gemar makan petai, bolehlah mencuba petua ini. Caranya, selepas memotong petai, rendamkannya dalam air bersih selama satu jam. Bilas dgn air dan bolehlah dimasak.

Satu lagi petua org dulu2 adalah, dengan mengunyah beras selepas makan petai sebagai ulam. Selamat mencuba.

panduan kesihatan dan kecantikan

*harus berdisiplin menjaga kecantikan kulit wajah
*guna produk yang sesuai dgn jenis kulit
*kecantikan luaran [penampilan] haruslah disokong dgn kecantikan dalaman [sikap]
*amalkan pemakanan sihat
*kurangkan makan segera kerana tinggi kolestrol
*rajin bersenam utk menguatkan otot dan tulang
*gunakan 'sunblock' krim jika keluar rumah waktu cuaca panas

Tuesday, June 7, 2011

Usia 40+

Petua utk mereka yg mencecah 40+ agar terus kekal sihat adalah dgn sering membuat pemeriksaan kesihatan. Para pakar perubatan percaya bahawa peningkatan usia menyebabkan sistem imunisasi tubuh menajdi perlahan dan semakin lemah. Ini meningkatkan risiko terhadap penyakit2 tertentu. Jadi AMATlah penting mereka yg berusia 40+ utk sering membuat pemeriksaan kesihatan. sekurang-kurangnya penyakit dapat dikesan awal dan memudahkan pakar perubatan memberi rawatan yg sewajarnya.

Monday, June 6, 2011

Luka Gigitan Kucing

Mungkin agak pelik atau jarang berlaku tetapi baru-baru ini mama sendiri luka kerana digigit kucing di kaki. Sakit dan bengkak. Mama baca artikel di internet ttg bahaya gigitan kucing yg boleh membawa maut. Mama ke klinik lalu doktor beri suntikan dan beberapa jenis ubat. Pesan doktor, segera dapatkn rawatan dlm tempoh 24 jam slps digigit utk mengelakkan jangkitan kuman. Alhamdulillah, mama cepat dpt rawatan dan kini semakin pulih.

Untuk hilangkan bengkak, sapukan asam jawa di bahagian bengkak itu. Boleh juga sapukan kapur atau kapur bercampur asam jawa. Insyaallah bengkak akan susut.