Powered By Blogger

Sunday, November 7, 2010

licinkan seterika

kadang-kadang seterika yg kita guna untuk menggosok baju agak kesat. ini menyebabkan proses menggosok menjadi lambat dan kadang-kadang merosakkan baju jika fabriknya nipis atau ringan. untuk mengatasi masalah ini cuba ambil sedikit daun pisang. letakkan di atas papan gosok. gosokkan seterika panas ini pada daun pisang tadi sebelum menggosok pakaian. tak perlu dibuat berulang-kali. hasilnya permukaan seterika akan lebih licin dan kerja menggosok pakaian menjadi lebih mudah. daun bunga sepit udang [helicornia] juga boleh digunakan jika sukar mencari daun pisang.

Wednesday, November 3, 2010

jimatkan gas

memasak bubur selalunya mengambil masa yg lama. bg menjimatkan gas, sekaligus menjimatkan masa; rendam beras yg hendak dimasak lebih kurang setengah jam sebelum dimasak. hasilnya, bubur lebih empuk dan lebih cepat masak.....hmmm. pagi2 makan bubur dgn lauk2 nya sedap juga ek...

Monday, November 1, 2010

jauhkan semut dengan kapur tulis?

baru terbac a dlm satu majalah...ada satu ruangan petua dapur mengenai cara menghilangkan semut atau menjauhkan semut dari dapur atau ruang rumah..caranya dengan menconteng dinding atau kaki meja makan yg selalu didatangi semut dengan kapur tulis. kapur yg dimaksudkan adalah kapur yg cikgu pakai kat sekolah tulah...berkesan atau tidak, kena cuba dulu.jangan curi kapur kat sekolah pulak..tak baik! kapur tulis ni ada dijual di kedai buku..selamat mencuba..

Wednesday, October 27, 2010

Jaga bibir

bagi memastikan bibir kekal sihat dan terhindar dari kekeringan, apakata ikuti petua ini:
1. sapu madu pada bibir sebelum tidur kerana madu membantu mengekalkan kelembapan bibir secara semulajadi.
2. minum banyak air putih/ kosong utk mengawal kelembapan tubuh.
3. makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran. pilih buah yg banyak vitamin C dan E. kedua-dua vitamin ini perlu utk kulit dan bibir.
4. guna pelembab bibir [lip balm] yg mengandungi pelindung matahari supaya bibir tidak mudah kering,
5. pilih gincu yg mempunyai nilai pH yg sesuai dgn kulit. elakkan gincu yg bertanda BHA kerana bahan pengawet gincu adakalanya boleh mendedahkan anda kepada bahaya kanser.