Powered By Blogger

Saturday, March 17, 2007

Lagi petua berguna.

1. Kelapa parut tidak basi.
Untuk memastikan kelapa parut yg. digunakan utk. kuih-kuih tradisional seperti kasui, lopes dsb. tidak cepat basi, anda boleh kukus kelapa parut itu terlebih dahulu kira-kira 10 minit. Insyallah kelapa akan tahan lebih lama.

2. Hilangkan kesan tompokan pada baju.
satu cara utk hilangkan kotoran atau tompokan akibat warna baju luntur ialah dgn. merendamkannya dengan air panas bercampur sabun pencuci.

Monday, March 5, 2007

Petua berguna

1. Bau Badan - Sapukan adunan tiga helai daun sirih dan sedikit tawas yang telah diramas sama, ke atas badan dan ketiak semasa mandi. Biarkan beberapa ketika dan bilas dengan air bersih.

2. Bau Mayat - Untuk menghilangkan bau mayat yang melekat pada tangan atau baju setelah menyelesaikan kerja-kerja mandi mayat, ambil beberapa helai daun sirih, ramaskan dan rendamkan bersama baju beberapa ketika sebelum dibilas dengan air bersih.

3. Bayi Selsema - Beberapa tangkai daun sirih tekan dengan jari hingga mengeluarkan lendirnya, kemudian sapukan pada batang hidung bayi. Cara ini akan melegakan selsema dan pernafasan menjadi mudah.

4. Demam - Tujuh helai daun sirih, kemenyan sebesar ibu jari dan tiga ulas bawang merah. Giling halus dan tampalkan di dahi. Lakukan dua kali sehari, cara ini bagi menghilangkan demam dan sakit kepala selepas bersalin.

5. Demam Panas - Tiga helai daun sirih diramas ke dalam semangkuh air bersih bersama buah pinang muda yang telah dipecah-pecahkan dan jaramkan pada kepala, lakukan beberapa kali sehingga panas badan berkurangan.

6. Gegata - Layurkan daun sirih di atas bara api dan sapukan pada badan yang ditumbuhi gegata. Rasa miang dan gatal akan hilang dengan segera.

7.Keputihan - Mandi dengan air suam rebusan daun sirih selama tujuh hari untuk membersihkan vagina, rasa gatal dan keputihan akan hilang. Amalan memakan daun sirih setiap hari juga boleh mengelakkan dari masalah keputihan.
- Ambil cendana, telur ayam hitam sebiji dan sehelai sirih. Asahkan cendana dengan sirih dan minumkan dengan kuning telur ayam selama tiga pagi.

8. Lompangan/mata ikan (ulcer) - Tempelan (paste) dari ramuan sirih pinang ditepekkan pada luka untuk menyembuhkan luka dengan cepat pada bibir mulut.

9. Muntah - Bawang merah, jintan hitam, makan dengan sirih pinang dan semburkan sepahnya dileher dan dadanya

10. Payu Dara - Untuk menegangkan lagi payu dara, layurkan daun sirih yang telah disapukan dengan minyak zaitun di atas api yang sederhana, atau menggunakan lilin. Apabila daun telah terasa suam dan agak layu, lalu tekapkannya ke atas kedua-dua payu dara dan biarkan seketika. Lakukan dua atau tiga kali seminggu.

11. Pedih Perut - Lada sulah tujuh butir dan bacakan surah al-Ikhlas tiga kali serta makan dengan sirih pinang serta semburkan sepahnya pada ulu hati.

12. Ruam Peluh - Rebuskan beberapa helai daun sirih dan tapiskan airnya. Sapukan air rebusan ke atas ruam dua kali sehari selama tiga hari berturut-turut.

13.Sakit Gigi - Kunyah sepiak sirih hingga lumat pada gigi yang sakit. Untuk beberapa ketika sakit gigi akan berkurangan.

Lagi petua

Sunday, March 4, 2007

1. Anak kecil anda demam:
Orang dulu-dulu gunakan bahan yang ada di sekitar mereka untuk mengurangkan demam
anak-anak. Antaranya; gunakan bawang merah yang ditumbuk [atau dikunyah kasar] dan
sapukan pada jari-jari tangan dan kaki anak yang demam terutamanya jika 'panas dalam'
iaitu kaki anak sejuk sedangkan anggota lain panas. Cara lain ialah meramas daun durian
belanda dengan air dan jelum pada kepala anak. Jika tiada daun tersebut, asam jawa pun
boleh digunakan untuk tujuan yang sama.

2. Mata masuk cili:
Kadang-kadang oleh kerana terlalu excited atau terlalu lapar barangkali, cili yang ditumbuk
untk dibuat sambal belacan terpercik ke mata. Ha, cepat ke bilik air. Jika mata kira siram
ibu jari kaki kanan dan sebaliknya. Insyaallah hilanglah pedih mata.

petua mak cik

Kadang-kadang kita perlukan petua-petua orang dulu dalam kita menjalani kehidupan yang serba mungkin ini. Insyaallah jika ada kesempatan mak cik akan paparkan beberapa petua yang menjadi amalan orang dulu-dulu.

Hari ni mak cik nak bagi beberapa petua yang mak cik dapat dari beberapa blog. Bacalah. Mana tau satu hari nanti anak-anak perlukan petua mak cik ni.

Nasihat daripada orang dulu:
1. Jangan makan makanan yang masih belum betul-betul masak. Makanan yang yang belum tentu masak dikhuatiri terdapat bakteria yang belum mati.

2. Jangan makan ubat sebelum sakit. Ubat ialah dadah yang merangsangkan. Jika dalam keadaan sakit, ia akan menyembuhkan manakala dalam keadaan sihat, ia akan mengkhayalkan.

3. Jangan makan buah-buahan yang belum masak. Dikhuatiri getah pada buah yang belum masak akan mendatangkan mudarat.

4. Apabila makan di waktu awal siang, berehatlah sekejap untuk memudahkan proses pencernaan makanan. Apabila sudah makan malam, berjalanlah walaupun seratus langkah.

5. Jangan minum semasa makan. Apabila minum, berhentilah daripada makan.