Powered By Blogger

Thursday, October 27, 2011

bubur nasi cepat masak

ni petua kalau anda  suka makan bubur nasi, tapi tak ada slow cooker atau periuk khas masak bubur....seperti yg kita tau, bubur nasi ambil masa yg lama utk masak.....seorang kawan beri petua....mulanya masak bubur hingga beras agak kembang...kemudian tutup api...selepas lebih kurang sejam, masak semula. Ia lebih cepat jadi bubur dpd biasa..

Wednesday, October 19, 2011

ISTIMEWANYA EPAL HIJAU




Amalan memakan sebiji epal hijau setiap hari sememangnya digalakkan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Ini kerana ia bukan sekadar mempunyai pelbagai khasiat malahan ia juga mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam badan.


Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Kita digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.
Epal hijau boleh membantu mencegah:
  • Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • Membantu kesihatan membran paru-paru.
  • Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
  • Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
  • Membantu mengekalkan berat badan.
  • Mengurangkan tekanan penyakit asma.
  • Mengurangkan risiko barah.  

Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.
Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah. Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.

*PETIKAN RENCANA SAJI ONLINE

Tuesday, October 18, 2011

Sakit lutut?

Ini ada satu petua utk mengatai sakit lutut....kakak2, abang2, makcik2 dan semua yg 'sewaktu' dengannya bolehlah mencubanya....tak cuba tak tau kan...

Begini, ambil sedikit daun pudina, ramas2kan dan campurkan dgn bedak sejuk...kemudian sapukan pada lutut. Ambil bandage atau kain dan balutkan.....biarkan beberapa jam...buat selalu hingga sakit lutut hilang.

kurangkan kolestrol

Makan sebiji epal hijau dgn kulitnya setiap malam sebelum tidur dipercayai boleh mengurangkan 35% kadar kolestrol di dalam badan. Anda boleh juga mengisarnya dgn secwn air masak, tanpa gula, tak perlu tapis tetapi minum terus jus epal tersebut.  Cubalah...