Powered By Blogger

Monday, July 11, 2011

hidangan segera

salad buah [fruit salad]:
kadang2 tiba2 je kita didatangi tetamu....kadang2 kita tak bersedia utk menerima tetamu, tetapi tetamu itu pembawa rezeki, jadi haruslah kita melayan tetamu yg datang sebaik-baiknya..

ada beberapa hidangan 'bidan terjun' yg paling sesuai apabila tetamu datang.  antaranya, kuih dingin beku..simpan sebungkus dua kuih dingin beku dan boleh dimasak /goreng dan dihidangkan kpd tetamu...

satu lagi yg selalu mama buat dan digemari anak2 adalah salad buah......selalunya adalah satu tin buah campuran, satu tin susu cair , sepaket jeli [sumi jeli dsb]....bila tetamu datang, campurkan kesemua [buah campuran, susu cair dan jeli] .....bubuh sedikit ais, sedia utk dihidangkan. pasti menyegarkan...bulan puasa pun boleh buat sebagai pembuka selera......


 emmmhhhpp.......sedapnya kalau dpt makan strawberi segar dgn aiskrim....



Sunday, July 10, 2011

spaghetti

pagi tadi masak spaghetti..........rebus spaghetti hingga lembut.....panaskan tomato sos FREGIO khas utk spaghetti..campurkn sedikit isi ayam atau daging dan sayur campur...masukkan sedikit air rebusan spaghetti ke dalam sos supaya rasanya lebih enak..

semasa merebus spaghetti, masukkan sedikit minyak masak supaya tidak melekat...

utk citarasa yg lebih kemelayuan..boleh saja masukkan sehelai dua daun limau purut ke dalam sosnya..



Sunday, July 3, 2011

Uban?

Biasalah kalau rambut beruban apabila tiba waktunya.  Tetapi ada juga org yg beruban ketika baru berusia di awal 30an.  Berikut adalah cara utk mengatasinya.  Caranya, ambil satu sudu makan minyak kelapa dan segenggam daun kari. Masak sehingga hangus.  Gunakan sebagai tonik rambut.  Kesannya? Cuba dulu.

Wednesday, June 29, 2011

rahsia warna hijau

*memandang warna hijau boleh membantu kesihatan mata
*hijau adalah warna yg dsukai oleh Rasulullah s.a.w
*hijau dianggap 'boleh' kerana sinonim dgn 'lampu hijau'
*sayuran hijau lebih baik daripada sayuran putih

Monday, June 27, 2011

Sunday, June 26, 2011

Surah dan Penawarnya

Al-Quran kaya dgn penawar utk seluruh manusia.

*surah AL-QAAF : penyakit tulang
*surah AL-BURUUJ : penyakit berkaitan perut
*surah AL-ISRAA': penyakit berkaitan jantung
*surah AL-ANFAAL : jangkitan kuman [sama fungsi seperti antibiotik]
*surah AL-ANBIYAA': kencing manis, darah tinggi, angin ahmar
*surah YUSUF : lemah tenaga batin utk lelaki
*surah MARYAM: fibroid dan masalah kewanitaan
*surah AL-FATAH, AL-FURQAN, TOHA, AL-MU'MINUN: gangguan sihir, santau, rasuk, ilmu pengasih, ilmu pelalau, ilmu pemisah

Wednesday, June 22, 2011

nak cantik lagi

*utk hilangkan rekahan pada tumit, sapukan lidah daun buaya pada tumit dua kali sehari.  Amalkan selalu utk    hasil yg memuaskan.

*bagi merawat kesan terbakar pada kulit akibat sinaran matahari [sunburn], cuba petua ini.  Kukus sebiji kentang dan lenyekkan hingga halus.  Tempelkan pada kesan terbakar tadi.

*utk kulit lebih halus, ambil sebiji tomato yg telah masak dan campurkan dgn satu camca teh susu tepung.  Sebatikan.  Gosokkan perlahan-lahan bancuhan tersebut pada leher dan muka.  Amalkan tiga kali seminggu.  Hasilnya, wajah bukan sahaja halus tetapi lebih cerah dan licin.