Amalan memakan sebiji epal hijau
setiap hari sememangnya digalakkan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang ingin
menurunkan berat badan. Ini kerana ia bukan sekadar mempunyai pelbagai khasiat
malahan ia juga mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam badan.
Epal hijau mengandungi zat besi,
magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta
merupakan sumber serat yang mudah larut. Kita digalakkan memakan epal bersama
dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah
kulitnya.
Epal hijau boleh membantu mencegah:
- Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
- Mengurangkan risiko penyakit jantung.
- Membantu kesihatan membran paru-paru.
- Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
- Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
- Membantu mengekalkan berat badan.
- Mengurangkan tekanan penyakit asma.
- Mengurangkan risiko barah.
Bagi mereka yang mempunyai masalah
sembelit atau penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap
pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid
dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan
pembersih tubuh yang sangat baik.
Epal hijau juga bertindak sebagai
penyegar kulit wajah. Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air
batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda
akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan
kulit.
*PETIKAN RENCANA SAJI ONLINE
No comments:
Post a Comment