Powered By Blogger

Saturday, June 11, 2011

cara simpan tauhu

utk memastikan tauhu yg kita beli tahan lebih lama, anda perlu ikut langkah ini. sebelum menyimpan tauhu, masukkan kepingan tauhu ini ke dalam air panas mendidih. kemudian angkat dan simpan bersama air rebusannya tadi. pastikan tauhu tenggelam agar tidak cepat masam.

Friday, June 10, 2011

Lembutkan kulit

kopi boleh membantu untuk melembutkan kulit. sapukan serbuk kopi di tubuh, biarkan kering beberapa minit dan mandi. gosok2kan badan. serbuk kopi itu dapat menanggalkan daki di badan dan melembutkan kulit jika diamalkan selalu.

Thursday, June 9, 2011

AURA

Mama ada dapat tips ttg aura berpakaian mengikut hari dan warna. Kita tak perlulah ikut dan percaya 100% tapi tak salahkan kalau nak cuba.

Ahad: warna yg sesuai adalah warna hitam.
Isnin: putih
Selasa: pink
Rabu: biru
Khamis: oren atau kuning
Jumaat : hijau
Sabtu : maroon atau merah

Anggap sahaja tips di atas sebagai panduan seharian.

Wednesday, June 8, 2011

KURANGKAN BAU PETAI

Petai..ramai yg suka makan petai. Ada yg suka makan sebagai ulam dan ada yg lebih suka kalau petai dibuat samabal bersama udang. Bagaimanapun, bau petai ini memang kurang menyenangkan. Bagi yg gemar makan petai, bolehlah mencuba petua ini. Caranya, selepas memotong petai, rendamkannya dalam air bersih selama satu jam. Bilas dgn air dan bolehlah dimasak.

Satu lagi petua org dulu2 adalah, dengan mengunyah beras selepas makan petai sebagai ulam. Selamat mencuba.

panduan kesihatan dan kecantikan

*harus berdisiplin menjaga kecantikan kulit wajah
*guna produk yang sesuai dgn jenis kulit
*kecantikan luaran [penampilan] haruslah disokong dgn kecantikan dalaman [sikap]
*amalkan pemakanan sihat
*kurangkan makan segera kerana tinggi kolestrol
*rajin bersenam utk menguatkan otot dan tulang
*gunakan 'sunblock' krim jika keluar rumah waktu cuaca panas

Tuesday, June 7, 2011

Usia 40+

Petua utk mereka yg mencecah 40+ agar terus kekal sihat adalah dgn sering membuat pemeriksaan kesihatan. Para pakar perubatan percaya bahawa peningkatan usia menyebabkan sistem imunisasi tubuh menajdi perlahan dan semakin lemah. Ini meningkatkan risiko terhadap penyakit2 tertentu. Jadi AMATlah penting mereka yg berusia 40+ utk sering membuat pemeriksaan kesihatan. sekurang-kurangnya penyakit dapat dikesan awal dan memudahkan pakar perubatan memberi rawatan yg sewajarnya.

Monday, June 6, 2011

Luka Gigitan Kucing

Mungkin agak pelik atau jarang berlaku tetapi baru-baru ini mama sendiri luka kerana digigit kucing di kaki. Sakit dan bengkak. Mama baca artikel di internet ttg bahaya gigitan kucing yg boleh membawa maut. Mama ke klinik lalu doktor beri suntikan dan beberapa jenis ubat. Pesan doktor, segera dapatkn rawatan dlm tempoh 24 jam slps digigit utk mengelakkan jangkitan kuman. Alhamdulillah, mama cepat dpt rawatan dan kini semakin pulih.

Untuk hilangkan bengkak, sapukan asam jawa di bahagian bengkak itu. Boleh juga sapukan kapur atau kapur bercampur asam jawa. Insyaallah bengkak akan susut.