Powered By Blogger

Tuesday, October 18, 2011

kurangkan kolestrol

Makan sebiji epal hijau dgn kulitnya setiap malam sebelum tidur dipercayai boleh mengurangkan 35% kadar kolestrol di dalam badan. Anda boleh juga mengisarnya dgn secwn air masak, tanpa gula, tak perlu tapis tetapi minum terus jus epal tersebut.  Cubalah...

Friday, September 23, 2011

lembutkan daging

ni satu lagi petua dr mak ning.....katanya kalau kita nak daging yg kita rebus tu cepat empuk, masukkan garam sekali dlm rebusan....biasanya kita rebus daging tanpa garam, bukan....cuba pulak petua ni, iaitu masukkan sedikit garam semasa merebus daging.......................tapi harus diingat, rasa dulu kuah atau gulai yg kita masak nanti.  jangan sampai terlebih garam pulak.....................nanti adalah dialog,"lori garam terbalik depan rumah ke?"haha....

Thursday, September 22, 2011

masak-memasak.....petua Mak Ning

16 September lepas, kawan baik mama, norkh dan keluarga datang berziarah. Sempat bersembang dgn ibunya Mak Ning.  Mak Ning ni pandai masak.  Malah selalu beri resepi masakannya di radio Melaka dan Johor.  Suatu ketika dulu, sewaktu kami di asrama SAB, kami ni yg berkawan dgn Norkh kenyang selalu setiap kali Mak Ning dtg melawat Norkh di asrama....

Mak Ning bagi petua memasak agar suami sayang......nak tau? ha...petuanya bila sediakan rencah tu gunakan tangan...nak kaut rencah[bumbu] guna tangan.....bukan guna sudu dsb...contohnya ambil garam, gula dan lain2...barulah namanya air tangan.......baca bismillah dan selawat, yakin dlm hati terhadap masakan kita dan 'campak2' je.....Insyaallah......menjadi.

Monday, September 12, 2011

petua exam 1

jika terlupa atau berdebar ketika sedang menghadapi peperiksaan, amalkan membaca surah Fatihah...dgn meletakkan tapak tgn kanan di atas dada kiri.....ketika sampai di ayat IHDINASSIRATULMUSTAQIM...ulang bacaan sehingga 7 kali...insyaallah, hilang segala gementar dan lupa....

Monday, August 22, 2011

jerawat badan?

anda ada masalah jerawat di badan? malu? anda mesti buat sesuatu..........masalah jerawat badan timbul kerana  kelenjar minyak dan pori2 di kawasan ini lebih banyak. sekaligus menjadi tempat pembiakan bakteria yg subur apabila anda berpeluh.  Bagi mengelakkan ia bertambah teruk, pastikan anda:
*menyarung pakaian dr fabrik kapas
*selalu menukar baju
*mandi dgn air suam
*elakkan dr menyental badan dgn kuat
*gunakan pembersih bebas sabun dan antibakteria
*sapu krim antibiotik pada kulit bermasalah
*elak makanan pedas dan berminyak
*banyakkan pengambilan sayur dan buah2an
*minum byk air utk menyahtoksin dan mengekalkan keseimbangan semulajadi kulit

Friday, August 12, 2011

migrain/sakit kepala

selalu sakit kepala? macam2 petua yg mama pernah baca utk hilangkan sakit kepala ni...antaranya minum air limau suam tanpa gula....dulu mama pernah cuba dan alhamdulillah lega sakit kepala..tapi kalau dah selalu dan terlalu sakit pulak, air limau pun tak dpt membantu...

petua satu lagi ialah basahkan [jelum] kepala dgn air asam jawa....mama pernah cuba jgk dan amat berkesan kerana air asam jawa tadi mampu mnyejukkan kulit kepala...kalau punca sakit kepala tadi adalah kerana tak tahan suhu yg panas..

baru2 ini seorang ustaz memberi petua ini....katanya ketika sakit kepala amalkan meletak jari telunjuk di tengah kepala..tekan dan baca ayat kursi..yg eloknya sebelum tidur, letak jari telunjuk di tengah kepala, tekan da baca ayat kursi berulang-ulang sehingga terlelap..insyaallah............

Wednesday, August 10, 2011

siput oh siput

suka makan siput sedut? kalau masak lemak dgn keladi, sedap hingga menjilat jari.....tapi maaflah, mama kurang gemar siput....anak2 dan suami serta ahli keluarga suami memang minat ngn siput ni...

tadi, adik ipar bawa balik siput...belum sempat nak ketuk, jadi dia letak kat penjuru dapur...tak lama kemudian, merayapla siput2 tu........pak mentua bagi petua....kalau tak nak siput2 tu merayap, masukkan dlm bekas , taburkan sedikit air kapur,,,,,insyaallah..senyapla siput2 tu...